31 Disember 2011

MENANTU 2012

Sekali lagi bonda akan mendapat seorang menantu perempuan diambang pembuka tahun baru 2012
Anak lelaki bonda yang ke 4 MOHD KHALIFA TAUFIQ akan diijab qabulkan pada hari Rabu 01 Rabiul Awal 1433 bersamaan 25 Januari 2012. dengan gadis pilihannya dari Wakaf Che Yeh Kota Bharu. Kelantan Dan Kami akan mengadakan majlis "Sambut Menantu" pada hari Sabtu 04 Rabiul Awal 1433 bersamaan 28 Januari 2012. Pada Majlis sambut menantu Bonda akan mengadakan majlis "Jamuan Kesyukuran" dengan kadar sederhana sahaja, yang hanya menjemput saudara mara terdekat, jiran sekampung dan sahabat handai sekitar desa bonda dikampung Kubang Batang, Slow Machang dan kampung-kampung sekitar hanya. Pada kali ini bonda rasa tidaklah hendak menjemput warga guru disekolah bonda kerana mereka semua telah dijemput sebelum ini semasa pernikahan anaknda bonda NORHANNANI pada bulan Jun 2011 (enam bulan lalu) rasanya tak tergamak hendak mengajak mereka semua sekali lagi...... tapi..... itu pun akan dipertimbangkan jika ada..... permintaan dari anak-anak...... keluarga..... dan sahabat-sahabat semua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan