31 Disember 2011

MENANTU 2012

Sekali lagi bonda akan mendapat seorang menantu perempuan diambang pembuka tahun baru 2012
Anak lelaki bonda yang ke 4 MOHD KHALIFA TAUFIQ akan diijab qabulkan pada hari Rabu 01 Rabiul Awal 1433 bersamaan 25 Januari 2012. dengan gadis pilihannya dari Wakaf Che Yeh Kota Bharu. Kelantan Dan Kami akan mengadakan majlis "Sambut Menantu" pada hari Sabtu 04 Rabiul Awal 1433 bersamaan 28 Januari 2012. Pada Majlis sambut menantu Bonda akan mengadakan majlis "Jamuan Kesyukuran" dengan kadar sederhana sahaja, yang hanya menjemput saudara mara terdekat, jiran sekampung dan sahabat handai sekitar desa bonda dikampung Kubang Batang, Slow Machang dan kampung-kampung sekitar hanya. Pada kali ini bonda rasa tidaklah hendak menjemput warga guru disekolah bonda kerana mereka semua telah dijemput sebelum ini semasa pernikahan anaknda bonda NORHANNANI pada bulan Jun 2011 (enam bulan lalu) rasanya tak tergamak hendak mengajak mereka semua sekali lagi...... tapi..... itu pun akan dipertimbangkan jika ada..... permintaan dari anak-anak...... keluarga..... dan sahabat-sahabat semua.....

07 Jun 2011

PENGHIJRAHAN



Hari ini 04 Jun 2011 bonda menerima lagi satu menantu lelaki suami kepada NURHANNANI @ MURNI INDAH iaitu anak kelahiran Johor yang bernama MOHD AYUB , Sempenanya bonda mengadakan majlis "Kenduri Syukur" yang sederhana tetapi meriah dengan terkunjungnya Adir beradik, anak-anak saudara. sepupu, kawan-kawan dari sekolah tempat bonda berkhidmat di SK Pengkalan Kubor 2 Tumpat, jiran-jiran sekampung dan kenalan bonda dan ayahnda. Dengan menjemput

SUMBANGSIH
Salamat sejahtera dan selam keceriaan kepada semua !!!
Dihari ini, dengan berpakaian anggun yang dirapikan oleh Mak Andan, dikelilingi oleh sanak saudara, handai taulan dan para jemputan yang hadir dengan jamuan seadanya dari jurumasak yang kalih tegor dan juru persegaran memeriahkan suasana.
Rasanya diri ini betapa gembira dan bahagia sangat, diraikan dalam sambutan perayaan perkahwinan ini, mengharap semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat ... InsyaAllah...
Diperhatianku, kelibat paling sebok adalah ayahnda dan bonda dangan sinis gembiranya disuaikan kemeriahan suasana, tapi diwajah mereka ada rasa gelora dalam senyum layan tamunya. Ayahnda! bonda! dengan sungguh hati anaknda mohon ampun dan maaf minta halalkan susuanmu, segala makan, minum dan pakaiku serta masa, tenaga, wang ringgit yang sekian banyak telah dihabiskan bagi melayani kerenahku demi mengasuh dan memberi pendidikan penuh tanggungjawab sehingga aku berada ditempat ini sekarang.Tak mampu aku membalasnya.
Tak lupa kepada seluruh keluarga yang sentiasa mengawasi dan menasihati aku semasa aku leka. Juga kepada guru-guruku yang mengajar beraneka ilmu dunia dan akhirat. ku mohon dihalalkan segala ilmu taklukmu telah dicurahkan kepada ku sebagai anak didikmu. Aku yang nakal dan bebal ini. Herdik, leteran dan marahmu jadi kenangan manis buatku selamanya.
Percayalah kepada janji hamba Allah ini bahawasanya jiwa dan ragaku akan sentiasa mendekati diri taqwa kepada Allah agar diberkatiNya sentiasa. Sesungguhnya aku sedar bahawa Jodoh pertemuanku, rezkiku, umurku, untung baik/jahat adalah dalam ketentuan dan pelaksanaan Allah hanya.
Terima kasih semua!!! Hanya Allah yang boleh memberi
ganjaran kebaikan kepada kalian ... Amin.......
 
Keluarga Bonda pada 4 Jun 2011 bersempena dengan Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anakanda Bonda yang kelima, Nurhannani Murni Indah Binti Kamarudin dengan pasangan dunia akhiratnya Insya Allah, Mohd Ayub Solihan dari Batu Pahat Johor Bharu.

Sangat ramai tetamu jemputan sehingga bonda terasa sangat letih dan penat. Tetapi bonda gembira dengan kehadiran semua tetamu dan berharap rumahtangga anakanda bonda dilimpahi rahmat dan barakah dari ALLAH.