23 Disember 2014

SERUAN IKHLAS BONDA

Bonda harap anaknda semua kemaskinikan blog masing-masing bagi penjenerasian kepada BLOG BONDAPINGITAN agar maklumat tersedia bagi tatapan jenerasi akan datang - begitu juga bonda dan ayahnda akan melapangkan sedikit masa untuK itu..... PATUT DI ABADIKAN - Kalian sekarang telah mempunyai pewaris sendiri dengan pasangan masing-masing TELAH mempunyai kehidupan sendiri - punya anak  rumah, kenderaan dan sebagainya.

Boleh di paut oleh siapa saja di seluruh dunia walaupun bukan niat untuk BERBANGGA tetapi ianya adalah kenyataan. Dimana Dua ibu bapa yang miskin boleh melahirkan anak-anak yang berjaya dalam bidang profesional dan agama. Semoga teladan ini dapat diterapkan oleh orang lain juga. Bukan harta kekayaan dan golongan elit sahaja dapat mencapai tahap begini.

ERA KEDAIFAN

Bak anak keluarga miskin, belajar dalam serba kepayahan.Ibu bapa tidak ada pekerjaan tetap. Belajar hanya dibekalkan hanya 10 sen dan paling banyak 15 sen sehari semasa sekolah menengah rendah. Pergi kesekolah dengan berjalankaki sejauh +- 4 km pergi dan 4km balik. Kalau ada lebih baki duit nitu dibuat tambang keretapi balik (tambang keretapi dari Stesyen keretapi Bunut Susu ke Slow Machang 5 sen) kalau tidak balik juga berjalankaki. Selama 3 tahun dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 begitulah urutannya.

Tapi Ayah dan Mek berbangga sangat bila mengetahui pencapaian anaknya dalam peperiksaan SRP (LCE) mendapat gred 1. Mereka bergembira sekejap, selepas mendapat tahu anaknya di arah ke tingkatan 4 di Sekolah Menengah Mahmood Mahyidin, Pasir Pekan, mereka tersentak kerana jauh. Cuba mencari jalan untuk mendapatkan tempat di sekolah sekitar Pasir Mas, tapi gagal.

Ketetapan perlu dipatuhi. Bak bersama ayah berjalankaki dari rumah di Slow Machang ke SMR Bunut susu, melangkah setiap papan selipar rell keretapi yang jaraknya hampir 4 km itu, bagi Bak biasa saja aktiviti itu tapi bagi ayah ia amat memenatkan.

Sesampai saja di sekolah  SMR Bunut Susu ayah berjumpa dengan guru pengetua untuk untuk mencari jalam membuat rayuan agar pindah ke Pasir Mas. Nasihat Pengetua, katanya awak pergilah dulu dan buat rayuan kemudian. Bak mengambil selip keputusan SRP dan meninggalkan perkarangan sekolah. Waktu itu jam hampir pukul 10 pagi.

Ayah mengubah haluan - bila keluar dari pintu pagar sekolah dia memaklumkan dan mengajak Bak Jumpa pengarah Pendidikan Kelantan.ketika itu (En Murad Muhammad Noor) Dengan meminum secawan teh ayah mula mengorak langkah mengatur langkah, melangkah setiap papan selipar rell keretapi menghala ke Wakaf Bharu, Dari Wakaf Bharu berjalan lagi menuju ke kota bharu dengan melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra dan hampir jam 01 tengahari kami sampai ke perkarangan Pejabat pendidikan Kelantan. (waktu rehat bekerja) tunggu sampai pukul 2 tengahari. Menanti ke masa itu Bak yang makan hanya sebiji kueh dan segelas air batu di kantin SMR Bunut Susu tadi sudah kelaparan. Sekalai lagi ayah minum teh dan Bak dengan dengan sebiji kueh dan segelas air batu.

Tiba masanya Ayah dan Bak masuk menemui Pengarah Pendidikan dan Ayah memohon agar Bak dapat dipindahkan ke sekolah disekitar Pasir Mas. Jawapannya kelabu............ dan ungkapan yang paling terluka dan menjadi kenangan sepanjang hidup ialah ........... (saya tidak nak jaga anak awak sorang saja). Kami bertgerak pulang....... dengan duit penjimatan belanja tadi Ayah dapat menambang kereta sewa ke Pasir Mas. Hampir jam 5 kami sampai ke rumah di Slow Machang.

Bak tetap bersekolah di SM Mahmood Mahyidin.................... sehinggalah Perdana Menteri Ketika itu Tunku Ab Rahman Putera yang menerima surat Ayah memintan belas kasihan dan menyatakan tidak mampu kerana kemiskinan............... akhirnya Tunku Ab Rahman Putera mengarahkan Pejabat Kebajikan masyarakat bertindak memindahkan Bak ke sekolah Menengah Lemal, Pasir Mas.

Dalam situasi itu dan kesan himpitan hidup yang melampau, Bak kecundang (diusia begini Bak sudah boleh menilai kehidupan) akhirnya Bak gagal dalam peperiksaan SPM.

Tahun berikutnya, Bak belajar di sekolah Kadir Adabi dan sempat membayar wang peperiksaan (180.00) tentang yuran pengajian timbul lagi masalah, kadang-kadang boleh bayar kadang tidak. Akhirnya Bak berhendi belajar dan datang balik pada hari peperiksaan SPM.

Belum lagi diketahui keputusan SPM datang rombongan dari MINDEF mencari pemain Bola Sepak dan Sepak Takrow bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Dalam pemilihn itu Bak terpilih untuk menyertai Pasukan Askar Wataniah Malaysia (sebelum ke Pasukan pemain untuk ATM)

Dan pada 15 Februari 1974 sah Bak menjadi tentera dengan Nombor Tentera 128225. Dalam penentuan pemilihan Bak tidak ditetapkan ke kem sukan tapi di hantar kursus lagi sebagai kerani (mungkin kerana Bak dah ada sijil SPM ketik itu). Selapas menjalani kursus bak ditempatkan di MINDEF. kemudian Bak dipilih pula menghadiri kursus Kerani Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) sehinggalah tahun 1984 (15 Februari) cukup 10 tahun berkhidmat)

Pada tahun 1975 (Jun) Bak berkahwin dengan Bu dan 1976 mendapat cahaya mata pertama dan 1977 cahaya mata kedua dan satu pengurbanan besar berlaku dalam sejarah hidup Bak dimana Bak melepaskan Bu untuk memasuki Maktab Perguruan Islam, di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1980 Bu menjadi guru agama dan diarah mengajar di SK Kubng Kerian di sini mendapat anak ketiga.

ERA KEHIDUPAN SEDERHANA ..................................