24 Julai 2010

GENERASI BONDA



Inilah Kediaman Ibu di Lot 611 Kampung Kubang Batang, 17000 Pasir Mas. Kelantan




Perkahwin Ibu Che Norisah bersama Bak Kamarudin pada tahun 1974 Usia Ibu pada masa itu baru berumur 15 tahun dan Bak berumur 25 tahun. Bak bertugas sebagai anggota tentera di Markaz 8 Briged Pengkalan Chepa dan ibu masih bersekolah. Selepas perkahwinan bak membenarkan ibu untuk meneruskan pelajaran - mengambil peperiksaan SPM. 1975 dan1976 Pada tahun 1977 diterima masuk ke Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya Selangor. Pada tahun 1980 ibu keluar Maktab dan ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian, Kota Bharu. Kelantan. Pada tahun 1984 Bak menamatkan perkhidmatan tentera dan ibu minta ditukarkan ke Sekolah Kebansaan Tanjung Chenak Pasir Mas. Kelantan yang berhampiran dengan rumah ibu juga rumah bak, kami satu daerah hanya kampung berlainan. Ibu berasal di Kampung Kubang Batang dan Bak dari Kampung Slow Machang, Pasir Mas. Kami tidak tinggal bersama ibu bapa kami tapi menyewa rumah berhampiran bandar Pasir Mas. Kerana bak memulakan aktiviti sendiri dengan membuka kilang perabut, Kimpalan dan kedai runcit. Tetapi oleh kerana keadaan ekonomi meleset pada tahun 1985-1990 dan akibatnya kegiatan perniagaannya kian hari kian malap dan terus padam akibat ramai kontraktor yang gulung tikar dan banyak kontraktor tidak membayar pembuatan yang dihasilkan. Hidup ibu semasa itu amat jerih. Dengan gaji Ibu sebnayak RM500 hendak menampung segala perbelanjaan harian untuk makan, pakai dan persekolahan anak-anak. Hanya pada tahun 1990 bak mendapat tawaran untuk bekerja dengan Syarikat Percetakan Dian Darulnaim, dalam unit penerbitan. Bila menerima tawaran lebih sedikit Bak berpindah pula ke Kumpulan Harian Watan yang menerbitkan akhbar Harian Watan, pada tahun 1997 berpindah lagi ke Kolej Jaipetra di Bunut Payung sebagai pembantu Pegawai Pentadbiran dan Kewangan. Kedudukan kami semakin stabil walaupun tidak semewah mana. Bak seorang yang berkemahiran dalam perkomputeran, banyak program sofeware yang beliau mahir seperti PageMaker, Coredraw, Photoshop, Illustrator, Ulead Video Studio, Nero, Audition, InDesign, Kumpulan MicrosofOffice, Membina Blog dan apa saja program adalah mudah sahaja baginya dihayati dan menguasainya. Ibu sekarang ini bertugas di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 Tumpat. Ibu masih ada 8 tahun lagi untuk pencen,umur ibu sekarang 50 tahun. sekarang sudah mempunyai 4 orang cucu, dan lapan tahun lagi mungkin berpuluh-puluh orang cucu.






MOHD KHAIRUL AZINOR BIN KAMARUDDIN

Anak Bonda yang pertama - Dilahirkan di Kampung Kubang Batang Pasir Mas pada tahun 1975 Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datok Abd Hamid, Pasir Mas. Sekolah Menengah Arab Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiyah Pasir Pekan, Sekolah Menengah Teknik Kota Bharu, (Kejuruteraan Awam) Institut Latihan Perindustri Negara (Kejuruteraan Letronik) Pernah bekerja dengan kilang di Pasir Gudang dan sebuah syarikat Swasta di Johor Bharu sebagai Juruteknik. Kerana tidak minat makan gaji, lebih selesa berkerja sendiri, sekarang giat usaha dalam industri pembuatan makanan. Telah mempunyai dua orang anak (cucu bonda) Yang sulung Perempuan bernama Aleeya Aqlina (Aliya,4 tahun) dan yang kedua lelaki dipanggil Alie (Alie Akil 6 bulan)




ELLY NAFIZAH KHAIRIAH BINTI KAMARUDDIN

Anak bonda yang kedua perempuan namanya dilahirkan pada tahun 1976 - Kelulusan Sarjana Muda Pendidikan Universiti Teknologi Johor Bahru. Sebelumnya mengambil kursus Pengajian Komputer peringkat Diploma juga di Universiti yang sama. Kini berkhimat sebagai guru di Bandar Seremban Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Paroi. Telah bersuami dan mempunyai seorang anak yang dipanggil Munir (Abdul Munir bin Abdul Mutalib) Suaminya, Abdul Mutalib Mohd Noor seorang jurutera pembinaan pelantar minyak berpengkalan di Kuala Lumpur











MOHD KHAIRIL SEDQI BIN KAMARUDDIN



Anak ketiga bonda Dilahirkan pada tahun 1980 di Kota Bharu Kelantan. Berpendidikan Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas. SMKA Falahiyah Pasir Pekan, Tumpat. Kolej Jaipetra Kota Bharu Pada peringkata Diploma dalam Pengajian Islam dan Diploma dalam Profesional Kejuruteraan Elektronik. Kini bekerja dengan sebuah kilang Jepun di Pasir Gudang Johor Bharu, Johor, sebagai Manager Senior Engineer. Kini telah berumah tangga dan mendapat seorang anak lelaki yang dipanggil Naim (Ahmad Naim)dan bakal mendapat anak keduanya pada hujung tahun 2011.











MOHD KHALIFA TAUFIQ BIN KAMARUDIN

Anak Bonda yang keempat - Dilahirkan pada tahun 1984 di Pasir Mas, Belajar di sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak. Sekolah Menengah Arab Pasir Mas. Kemudian melajutkan persekolah ke Kolej berasrama penuh di Kajang Selangor (SMAP Kajang) Kemudian diatas Tajaan ke Universiti Teknologi PETRONAS Sri Iskandar Tronoh, Ipoh Perak dalam bidang Mechanical Engineering, Kini mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Makanikal dan telah ditawarkan bekerja disalah sebuah kilang terbesar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa,Rohm Wako, sebagai jurutera kanan. Belum berkahwin dan telah membeli sebuah kereta antiq Sapporo Mitsubisi... tinggal dirumah sewa Pengkalan Chepa dan balik kerumah sekali sekala. Giat bermain Futsal....







NUR HANNANI/MURNI INDAH BINTI KAMARUDIN

Anak bonda yang kelima dilahirkan di Kampung Kubang Batang Pasir Mas pada tahun 1986. Belajar disekolah Kebangsaan Tanjung Chenak Pasir Mas, Kemudian Ke Sekolah Menengah Arab Pasir Mas, Lepas itu kesekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas, Melanjutkan pelajaran Ke Universiti Hasanuddin Sulawesi Selatan, Indonesia dalam jurusan Kedoktoran. Tahun depan 2011 tahun akhir beliau dan mungkin akan pulang untuk memberi khidmanya kepada masyarakat setempat ...Insya Allah... Sepanjang persekolahannya dia tidak dapat melupakan SMKA Lati - disini beliau menjadi ketua pelajar - menjadi pusat aduan pelajar dan guru - dan yang palin mahalnya ialah menerima anugerah dan dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2005 peringkat sekolah-sekolah negeri Kelantan. Masih solo dan ingin melanjutkan lagi pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lagi (Doktor Pakar)




NURUL HUSNA BINTI KAMARUDIN


Anak keenam bonda dilahirkan 1991 di Pasir Mas Kelantan, Bersekolah disekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Sekolah Menengah Agama Arab Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang menghafaz AlQuran di Darul Quran Kuala Kubu Baru Selangor sebagai pelajar Persijilan DQ/UIAM generasi ke 9, tahun 2008/2009, telah habis menghafaz 30 juzud al Quran dalam masa kurang satu tahun dan kini sedang dalam Foundation di Universiti Islam AntaraBangsa Malaysia, Jalan Universiti Petaling Jaya Selangor... Dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu.



MOAHAMAD KHALIL RIDHA BIN KAMARUDIN

Anak ketujuh bonda, dilahirkan di Pasir Mas Kelantan, bersekolah disekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Kini belajar tahfiz al Quran di Pondok Lubuk Tapah, dan sekarang menyambung oengajian dalam bidang akamedik untuk dilahirkan sebagai profesional huffaz di Maahad Tahfiz Al Quran Repek. Hafazannya sekarang telah memasuki Juzud ke12. setelah itu beliau akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

aminnnnn....